KOTA KINABALU: Pada jam 10 pagi esok, (Khamis, 11 November 2021), akan berlangsung majlis perasmian Kojasa Mart Suria Inanam oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, merangkap.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Kojasa Mart merupakan perniagaan peruncitan milik KOJASA Holdings Berhad (KOJASA) anak syarikat milik penuh Qhazanah Sabah Sdn Bhd (QSSB) cabang pelaburan strategik kerajaan negeri Sabah, .
Antara objektif penubuhan Kojasa Mart adalah bagi memastikan struktur harga barangan dan perkhidmatan mampu dimiliki oleh pelanggan.
Untuk mengekalkan struktur harga dan memastikan projek ini akan mengekalkan operasi, Kojasa Mart mengamalkan pembelian pukal daripada Pengeluar, Pembekal, Pengedar & Pemborong dan menggalakkan jualan pukal (pembelian pukal oleh pelanggan).
Perkhidmatan Kojasa Mart juga boleh diperolehi secara atas talian melalui Kojasa Online Grocery Store:
Maklumat lanjut mengenai Kojasa Mart boleh dilayari di: https://kojasamart.com/?view=intro