Koh Hoi Buat Pengisytiharan Harta

guan-dee.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi merupakan anggota pentadbiran kerajaan terbaharu membuat pengisytiharan harta.

Menurut maklumat yang dikeluarkan, Koh Hoi daripada parti Star itu telah dilantik memegang portfolio tersebut sejak April lalu merekodkan pendapatan bulanan sebanyak RM30,662.89.

Menerusi portal Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Koh Hoi turut mempunyai jumlah aset sebanyak RM1 juta.

Beliau merupakan individu terbaharu membuat pengisytiharan tersebut dalam tempoh tiga bulan terkini. – K! ONLINE


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top