KM Ucap Takziah Atas Pemergian Allahyarham Lajim

hajiji2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin, yang meninggal dunia di sini pada Ahad.

“Bagi pihak keluarga saya dan Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah kepada Datin Seri Normila Siong atas kehilangan dan keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim yang tersayang.

“Datuk Lajim adalah pemimpin yang berdedikasi dan juga kawan yang baik serta telah banyak menyumbang kepada negeri dan negara sepanjang karier politiknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Lajim adalah seorang pemimpin yang sangat berjasa, menyumbangkan masanya dan sentiasa berkongsi nasihat yang baik kepada parti.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top