KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meninjau penggunaan Sistem Persidangan Digital yang akan digunakan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di bangunan DUN Sabah, semalam.
Sistem baharu itu akan digunakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Ke16 yang dijadualkan pada minggu hadapan. Lebih 70 “touch-sceen tablets” telah dipasang untuk kegunaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi kerja menaik taraf sistem persidangan semasa kepada sistem persidangan digital tanpa kertas (paperless conference system).
Hajiji diberi taklimat dan cara penggunaan sistem itu oleh Jurutera (Elektrikal) Jabatan Kerja Raya (JKR), Cik Lornetha Daim.
Mengiringi Hajiji ialah Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan Setiausaha DUN Sabah, Puan Rafidah Maqbool Rahman. – Jesselton Times