KM Terima Kunjungan Hormat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

kunjung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor (tengah) menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya, Tah Nia Jaman, di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

Kunjungan hormat itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara jabatan dan Kerajaan Negeri khususnya dalam aspek pendidikan yang berkaitan urusan melibatkan sekolah dan pejabat pendidikan daerah (PPD) di Sabah.

Kunjungan hormat julung kali Tah Nia sebagai Pengarah itu turut disertai barisan pegawai kanan jabatan iaitu Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Mohd. Zaini Yanin; Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Abidin Marjan; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Dr. Mohd. Kassim Tusin; Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan, Muddin Beting; dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, Ajijah @ Azizah Baba.

Tah Nia melapor diri sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 20 Mei lalu selepas dilantik pada 13 Mei bagi menggantikan Datuk Dr. Mistirine Radin yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top