KM Terima Kunjungan Hormat KPN

IMG-20210902-WA0004.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Haji Abdullah di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Dalam pertemuan itu kedua-dua pihak
berkesempatan untuk berdiskusi dan bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa perkara penting.

“Antaranya adalah mengenai keperluan meningkatkan kawalan sempadan darat di kawasan pantai timur dan pedalaman melalui pertimbangan untuk mewujudkan satu batalion tambahan di Sabah,” kata Hajiji dalam satu kenyataan.

Selain itu, menurut beliau, fokus juga perlu diberikan untuk menaik taraf/membangunkan semula infrastruktur bangunan ibu-ibu pejabat daerah seperti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan Tuaran serta Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sabah.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah (CP), Datuk Hazani Ghazali dan bakal Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah.

Hazani akan berpindah dan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 September 2021.

Idris pula sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, Hajiji merakamkan terima kasih kepada Hazani atas perkhidmatannya di Sabah.

“Kerajaan Negeri menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan, terutamanya polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah terutamanya dalam mendepani ancaman pandemik Covid-19,” katanya.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top