KM Serah Watikah Pelantikan Kepada Pengerusi Baharu PBNS

hajiji-watikah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor telah menyampaikan watikan pelantikan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang baharu kepada Tuan Haji Omar Raisul As-Salam Haji Sulaiman Omar di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Hajiji berkata, pelantikan itu merupakan amanah yang perlu dipikul dengan penuh komitmen bagi memperkasa PBNS.

Katanya, PBNS merupakan sebuah institusi yang penting penting dalam membantu masyarakat Islam di Sabah.

Beliau juga mahu pengerusi dan pengurus PBNS memastikan objektif penubuhan perbadanan baitulmal itu tercapai.

Antara lain objektif PBNS ialah mengumpul dan mentadbir wang atau harta alih atau tidak alih mengikut peruntukan Enakmen Perbadanan Baitulmal dan Hukum Syarak.

PBNS juga bertanggungjawab terhadap pentadbiran segala urusan berhubung dengan harta wakaf dan nazar.

Di samping itu, PBNS turut berperanan untuk membelanjakan atau menggunakan wang dan harta yang diperolehi bagi memajukan,menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan pembangunan ekonomi, sosial dan kebajikan orang-orang Islam di dalam Negeri Sabah mengikut Hukum Syarak.

Turut hadiri alah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim dan Timbalan Pengerusi PBNS Haji Ag. Syairin Ag. Bakar.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top