KM sambut baik pemain industri tawar pekerjaan kepada golongan miskin

Hajiji-2.jpg

(Gambar fail BERNAMA)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik inisiatif pemain-pemain industri di negeri ini, termasuk Syarikat Kim Teck Cheong Sdn Bhd yang komited membantu merealisasikan wawasan kerajaan negeri untuk menyediakan pekerjaan kepada anak-anak miskin tegar di Sabah.

“Beberapa siri libat urus akan diteruskan dengan pemain-pemain industri di negeri ini untuk memberikan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan menyumbang di negeri ini.

“Dalam hal ini, Syarikat Kim Teck Cheong Sdn. Bhd. dan Kumpulan BTC Berhad telah menyatakan komitmen kepada Kerajaan negeri dalam pelantikan anak-anak miskin tegar di syarikat masing- masing,” katanya.

Hajiji berkata demikian pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Alias Sani (Warisan – Sekong) yang bertanya mengenai langkah kerajaan untuk membawa Sabah keluar daripada kedudukan tercorot negeri miskin di Malaysia.

Baru-baru ini, dalam Program Jelajah Amal Berbuka Puasa, Ketua Pengarah Eksekutif Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad Datuk Dexter Lau dipetik sebagai berkata bahawa ssyarikat KTC sangat memerlukan calon yang bersesuaian untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan bagi meningkatkan produktiviti syarikatnya pada masa depan.

Menurut Dexter dalam meneliti calon yang bersesuaian pihaknya akan memberi keutamaan kepada mereka yang berasal dari kawasan luar bandar, termasuk anak-anak miskin tegar.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top