KM Saksikan Penyerahan Dividen LIGS Dan Bantuan Banjir SESB

Hajiji-Lembaga-getah.jpg

Hajiji (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan dividen daripada LIGS sebanyak RM1,317,336.00 oleh Sabdil kepada Safar.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan dividen daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebanyak RM1,317,336 kepada Kerajaan Negeri di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Dividen itu adalah untuk tahun 2020-2021, diserahkan oleh Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, dan turut disaksikan oleh Pengerusi LIGS, Edward Linggu.

Hajiji (tiga dari kanan) menyaksikan penyerahan Bantuan Banjir SESB oleh Abdul Nasser kepada Safar.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyaksikan penyerahan bantuan banjir daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebanyak RM100,000 kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid menyerahkan sumbangan itu kepada Safar.

Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top