KM Sabah Ucap Tahniah Kepada Kabinet PM

hajiji-3.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyifatkan Kabinet Persekutuan yang baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai sebuah pasukan yang mampu menangani cabaran ekonomi ekoran pandemik COVID-19.

Katanya, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada barisan Kabinet yang diumumkan selain mampu menumpukan perhatian kepada usaha  menangani wabak COVID-19.

“Tahniah saya ucapakan dan berharap semua jemaah menteri dan timbalan menteri yang dilantik mampu menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Semoga mandat yang diberi dapat memberi fokus sepenuhnya kepada usaha dalam menangani pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi nasional,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Dua menteri penuh yang dilantik ialah Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dan Datuk Seri Ronald Kiandee masing-masing memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Pelantikan semula Dr Maximus dan Ronald ke portfolio asal akan membolehkan agenda sebelum ini diteruskan seperti yang telah dirancang.

Hajiji berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama erat dengan Dr Maximus bagi menyelesaikan semua hal yang berkaitan dengan hak negeri seperti yang termaktub dalam dokumen kemerdekaan seperti laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Portfolio Ronald juga dilihat penting bagi membantu kerajaan negeri bagi mencapai rancangan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang mana aktiviti pertanian merupakan komponen utama,” katanya.

Selain dua menteri penuh, empat lagi timbalan menteri dari Sabah turut diisi iaitu Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa sebagai Timbalan Menteri Kewangan 2; Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya; Ahli Parlimen Kimanis Datul Mohamad Alamin dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 2 dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yassin sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri 2.

Hajiji berkata, meskipun Yamani dan Mohamed dilihat masih baru namun beliau yakin dengan kemampuan mereka untuk menjalankan tugas masing-masing.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top