KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuat kuasa 1 Jan 2021, menerima watikah pelantikannya pada Rabu.
Watikah itu telah diserahkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.
Selain Hajiji, seorang lagi Pro Canselor UMS ialah Tan Sri Azman Hashim.
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin.
Komen