KM Nasihat Jemaah Haji Sabah Jaga Disiplin, Kesihatan Ketika di Makkah

hajiji-jemaah.jpg

(Kredit foto: FB Hajiji Haji Noor)

Kongsi Bersama

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menasihati jemaah haji mengekalkan disiplin diri dan patuh peraturan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi selama tempoh berada di tanah suci Makkah.

Beliau turut mengingatkan jemaah haji supaya sentiasa menjaga kesihatan diri untuk memudah melaksanakan urusan haji.

“Disiplin serta kesihatan tubuh badan setiap jemaah amat penting dijaga sepanjang berada di tanah suci Makkah, kerana itu dapat mempermudahkan urusan menunaikan ibadah haji.

“Saya yakin setiap jemaah haji yang berangkat ke tanah suci sudah bersifat sedia sepenuhnya dari segi fizikal, mental dan kesihatan bagi melancarkan urusan di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merai dan menyampaikan sumbangan kepada 38 bakal haji daerah Tuaran 2023 di sini, pada Sabtu.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berharap jemaah haji turut menjaga nama baik negeri dan negara sepanjang berada di Makkah.

“Setiap jemaah haji termasuk dari Sabah perlu patuh peraturan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi selama berada di tanah suci Makkah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendoakan supaya urusan jemaah haji dipermudahkan dan beroleh haji mabrur. –BHarian

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top