KM Nafi Kerajaan Sabah Pinggir Kaum Cina

yong-and-chong.jpg

Pelantikan DSP Yong Teck Lee sebagai ADUN Dilantik dan TS Chong Kah Kiat sebagai penasihat KM dalam sektor pelancongan bukti kerajaan Sabah tidak pinggirkan kaum Cina.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor hari ini menafikan dakwaan Parti Warisan (Warisan) kononnya kerajaan Sabah meminggirkan kaum Cina terutamanya dalam pentadbiran negeri itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN sememangnya mahu melantik individu daripada kaum itu sebagai menteri dalam kabinet negeri, namun tiada calon kaum itu daripada parti kerajaan yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 2020.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri telah melantik dua bekas Ketua Menteri dalam kalangan kaum Cina memegang jawatan penting iaitu Datuk Seri Yong Teck Lee sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik dan Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai penasihat Ketua Menteri dalam sektor pelancongan.

“Tetapi apabila tiba PRN (Sabah) akan datang, bagilah sokongan kepada pemimpin Cina yang akan jadi calon GRS, kita akan bagi jawatan menteri dan pembantu menteri,” katanya pada Ceramah Perdana Sandakan Ketua Menteri Bersama Rakyat di Dewan Hakka Sandakan di sini malam tadi.

Hajiji berkata perkara yang seharusnya diutamakan ketika ini adalah usaha untuk memulihkan ekonomi dan memajukan Sabah untuk manfaat serta kebaikan rakyat secara keseluruhannya. – Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top