KM Mahu Aset Keselamatan Sabah Pada Tahap Tertinggi

hajiji-n-hisham.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mahu aset keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dinaiktaraf untuk memastikan tahap keselamatan di kawasan timur Sabah sentiasa pada tahap tertinggi.

Antara lain, Ketua Menteri juga mahu supaya lebih banyak pos keselamatan sempadan dibina, terutama di sempadan Sabah-Kalimantan sebagai menjangkakan perpindahan Jakarta ke Kalimantan.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan keputusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membina tiga lagi pos keselamatan sebagai tambahan kepada tujuh lagi yang kini dalam proses pembinaan,”* kata Hajiji semasa taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melibatkan Ops Murni Angkatan Tentera untuk Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Hussein, di Markas Divisyen Kelima Infantri, di Kem Lok Kawi di sini pada Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham; Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Hj. Mohd. Halim Khalid dan pegawai kanan Angkatan Tentera dan Kerajaan Negeri.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top