KM Lawat, Serah Bantuan Kepada 36 KIR Terjejas Air Pasang Besar Di Kg. Tanjung Aru Baru

CM-tjg-aru.jpg

Hajiji diiringi oleh Shahelmey, Safar, Abidin, Noorliza, Ag. Shahminan dan Mohd. Reduan Aklee meninjau keadaan rumah mangsa

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyerahkan Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam RM1,000 kepada 36 ketua isi rumah (KIR) Kampung Tanjung Aru Baru yang layak di balai raya kampung itu, di sini, hari ini.

Mereka adalah mangsa terjejas oleh fenomena air pasang besar yang berlaku pada akhir Disember 2022.

Hajiji turut mengumumkan tiga KIR yang rumah mereka ranap sepenuhnya akan menerima bantuan tambahan RM20,000 daripada Kerajaan untuk membina rumah baharu.

Manakala 33 lagi KIR yang rumah mereka turut terjejas sebahagian besarnya akan menerima bantuan RM10 ribu.

“Dengan bantuan dan wang Ihsan itu Kerajaan berharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban mangsa-mangsa terlibat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan rumah mangsa di Kampung Tanjung Aru Baru.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Haji Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag. Shahminan Datuk Haji Ag. Sahari dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru, Mohd. Reduan Aklee. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top