KM Harap Industri Tenusu Sabah Terus Berkembang

hajiji-3.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Industri lembu tenusu Sabah dijangka akan terus berkembang pesat menerusi Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC), di bawah Desa Keningau Livestock Industries Sdn Bhd (DKLI) yang baharu ditubuhkan.

DKLI ditubuhkan apabila Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh negeri, mengambil alih KILC daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) pada 1 Julai.

“Sekarang Desa mengambil alih projek ini, kita mengharapkan industri lembu tenusu negeri berkembang,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

“Ini akan melengkapkan projek ternakan tenusu Desa yang sedia ada di Kundasang, yang kini berjalan lancar,” katanya selepas melawat KILC di Sook, di sini pada Selasa.

Desa kini akan memainkan peranan utama untuk pengembangan industri tenusu dan lembu di Sabah.

Jumlah awal pelaburan modal yang diperlukan untuk pembangunan projek itu dianggarkan berjumlah RM118 juta dan dibahagikan kepada dua fasa.

Fasa pertama projek di bawah SEDIA berjumlah RM57.3 juta telah siap pada 19 Ogos 2013 melalui pembiayaan Persekutuan.

Menerusi usaha baharu ini, DKLI akan melakukan kerja pengembangan dengan kos RM87.83 juta untuk meningkatkan keupayaannya menampung 2,000 ekor lembu tenusu dan daging lembu.

Dengan memiliki kemampuan untuk menempatkan sebanyak 2,000 lembu tenusu, DKIL menyasarkan pengeluaran susu tahunan sebanyak 8.5 juta liter dan 1,000 ekor lembu yang bersamaan dengan 500 tan metrik daging lembu setahun. – WARTA ORIENTAL

Foto: FB Hajiji Haji Noor


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top