KM Hadiri Mesyuarat Majlis Menteri Besar Dan Ketua Menteri Ke-137

KM-meeting.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-137 di Parlimen di sini hari ini.

Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mesyuarat itu, pendahulu kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja, membincangkan antara lain isu semasa dan pembangunan melibatkan semua negeri di negara ini.

Ketua Menteri akan mengiringi Yang Dipertua Negeri, TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin ke mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan berlangsung selama dua hari mulai esok di Istana Negara.

Sementara itu, Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas Pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu.

Sulaiman duduk di sebelah Ketua Menteri Sabah semasa mesyuarat itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top