KM Bertemu Dengan Dua Pendaki Everest Dari Sabah

CM-everest.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengambil peluang bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada dua rakyat Sabah yang terpilih mengikuti ekspedisi menawan Gunung Everest, yang bermula pada 26 Mac ini.

Dua rakyat Sabah itu ialah Lt. Kol. (PA) Ag. Iskandar Ampuan Yaacub, 55, dari Kampung Benoni, Papar, yang kini bertugas sebagai Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah dan Ayu Wanirah Naharuddin, 30, dari Kampung Jawa, Tawau, yang bekerja di Johor.

Ag. Iskandar dan Ayu Wanirah adalah antara 11 orang termasuk jurulatih dan pendaki orang kurang upaya (OKU) yang akan menyertai Misi Keluarga Malaysia Everest 2022, selama tiga bulan sehingga Jun ini.

Ketua Menteri meluangkan masa hampir sejam bersama kedua-dua pendaki berkenaan termasuk menyerahkan bendera Negeri Sabah untuk dikibarkan di puncak Gunung Everest semasa pertemuan mereka di Kuala Lumpur pada Khamis.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top