KM Beri Sumbangan Kepada KDM Di Sulaman

KM.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menyampaikan sumbangan Krismas kepada masyarakat KadazanDusunMurut (KDM) kawasan Sulaman di perkarangan Tembara Ku, Kampung Serusup, Tuaran, semalam.

Seramai 154 orang terdiri daripada golongan yang memerlukan iaitu warga emas, uzur, ibu tunggal dan anak-anak yatim menerima sumbangan berupa bakul makanan di majlis itu.

Hajiji yang juga Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berharap dengan sumbangan itu dapat membantu golongan tersebut dalam menyambut kedatangan Hari Krismas.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdul Kassim Razali, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Johari Saiman, Pegawai Daerah Tuaran, Mohd Sufian Alfian Nair, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sulaman, Murni Haji Lamsari, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Datuk Madiyem Layapan dan Penyelaras program sumbangan Krismas, Peter Lintar. -pr/BNN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top