KM Bentang Bajet Sabah 2022 Esok

Hajiji-bajet-2022.jpg
Kongsi Bersama

Ketua Menteri Sabah, yang juga Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor akan membentangkan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2022 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah esok (Jumaat).

Hari ini bertempat di pejabatnya di Kementerian Kewangan Sabah, Menara Kinabalu, Hajiji menerima teks ucapan belanjawan berkenaan daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri (MOF), Datuk Rusdin Riman.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan ke II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan YB Jasnih Daya, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri, YB Fairuz Renddan dan pegawai-pegawai kanan MOF.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top