KM Arah Pegawai Daerah Aktifkan Pusat Kawalan Operasi Hadapi Banjir

hajiji-banjir.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk  Seri Panglima Hajiji Noor mengarahkan pegawai daerah di kawasan yang sering dilanda banjir mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sebagai persiapan membantu rakyat.

“Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan bantuan berbentuk makanan bermasak kepada semua mangsa yang dipindahkan ke PPS (Pusat pemindahan sementara) dan bakul makanan bernilai RM200 bagi setiap ketua isi rumah (KIR).

“Nadma juga akan mengagihkan wang ihsan RM500 kepada setiap KIR dan perkara ini akan diselaraskan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta pejabat daerah terbabit,” katanya selepas meninjau keadaan banjir di Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang semalam.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, pihaknya akan memastikan semua mangsa banjir mendapat bantuan makanan mencukupi.

Setakat ini, beliau berpuas hati dengan persiapan dilakukan pengerusi PKOB di daerah terjejas.

“Kita menyeru dan mengingatkan rakyat dalam kita menghadapi ujian banjir kali ini, jangan lupa dengan tanggungjawab menjaga penularan Covid-19.

“Segala SOP yang ditetapkan kerajaan perlulah dipatuhi, walaupun berada di PPS.”


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top