KM Akan Lancar Pekan Baharu Pitas Pertengahan Februari

masiung-2.jpg
Kongsi Bersama

PITAS: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah melaksanakan Projek Pekan Baharu Pitas bernilai lebih RM28 juta.

Pengerusinya, Datuk Masiung Banah berkata, projek ini bakal dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor pada 17 Februari dijangka menjadi salah satu mercu tanda terbaharu Pekan Pitas.

Katanya, pekan baharu ini yang mempunyai keluasan tanah 11.42 ekar secara keseluruhannya dilengkapi dengan 68 unit bangunan komersial dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

“Ini adalah merupakan salah satu projek pembangunan yang sangat dinanti-nantikan oleh penduduk Pitas bagi mewujudkan sebuah Pekan Baharu Pitas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Projek Pembangunan Pekan Baharu Pitas, di bilik mesyuarat Majlis Daerah Pitas, di sini semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Sains dan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Seri Dr Rudy Awah.

Masiung berkata, kewujudan pekan baharu ini nanti sudah tentu akan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat sekali gus menjadikan pembangunan yang sangat dinanti-nantikan penduduk daerah berkenaan.

 

Kredit foto: SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top