KL Wilayah Kedua Capai Imuniti Kelompok

annuar.jpg
Kongsi Bersama

Kuala Lumpur menjadi wilayah kedua mencapai imuniti kelompok selepas 85% atau 1,533,685 populasi dewasa lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Pada 27 Julai, Labuan menjadi wilayah pertama mencapai imuniti kelompok susulan 54,800 daripada 68,500 penduduk dewasa sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Annuar berkata, berdasarkan jumlah suntikan diterima Kuala Lumpur setakat semalam, wilayah berkenaan sudah boleh bergerak ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berbanding fasa satu, ketika ini.

“Bagaimanapun, biarlah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan buat penentuan,” katanya pada sidang media selepas melawat RumahPrihatin@GrandSeasons, di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Annuar berkata program vaksinasi di Rumah Prihatin berjaya menyumbang 10% kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini.

“Doakan keadaan wilayah kita bertambah baik..kita teruskan usaha bantu rakyat,” katanya.

Labuan kini sudah mencapai 92% imuniti kelompok dengan 63,440 populasi dewasa sudah lengkap divaksin manakala Putrajaya mencatatkan 74% atau 81,543 orang menerima dua dos.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top