KKRS Sambut Baik Peruntukan RM12.7b Untuk 19 Pakej Lebuhraya Pan Borneo

bung-2.jpg
Kongsi Bersama

TONGOD: Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) menyambut baik kelulusan peruntukan sebanyak RM12.7 bilion bagi membina 19 lagi baki pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kelulusan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Katanya, pembinaan baki 19 pakej itu dijangka dilancarkan pada November depan selepas syarikat yang layak dilantik Kementerian Kewangan untuk melaksanakannya.

“Saya dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa Kabinet telah meluluskan peruntukan untuk baki 19 pakej Pan Borneo fasa satu itu.

“Saya akan terus menyuarakan isu ini selagi ia belum dimulakan tetapi saya yakin dengan janji Perdana Menteri yang mengatakan insyaallah tahun ini pakej itu akan dianugerahkan kepada syarikat yang berkelayakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media yang diadakan selepas majlis pelancaran projek menaik taraf Jalan Linayukan, Tongod – Sinaron, Sook, Keningau serta Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Pesta Kaamatan di Kampung Lalampas, di sini, kemarin.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pihaknya menerima baik pemberian peruntukan itu melalui dana infrastruktur kerajaan seterusnya tidak perlu penggunaan inisiatif kewangan swasta (PFI).

Bagaimanapun, katanya, bagi pembinaan fasa dua nanti pihaknya akan mencadangkan semula penggunaan PFI.

Kelmarin, Menteri Kerja Raya Persekutuan, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan, peruntukan untuk baki 19 pakej fasa satu Lebuhraya Pan Borneo berjumlah RM12.7 bilion sudah diluluskan Kabinet.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top