KK, Penampang, Putatan Di bawah PKPB Mulai 7 Oktober

IMG_20201005_162855.png
Kongsi Bersama

Majlis Keselamatan Negara telah meletakkan tiga lagi daerah di Sabah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk menangani Covid-19 di negeri itu.

Daerah itu ialah di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, yang akan berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu (7 Oktober 2020).

“Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.

“Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut,” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dalam kenyataan media petang ini.

Restoran, gerai makanan, stesen minyak dan kedai farmasi di kawasan berkenaan hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 6 petang.

Sementara pelanggan restoran hanya dibenarkan bungkus makanan.

Semua pasar, kecuali pasar harian (6 pagi hingga 2 petang), tidak dibenarkan dibuka.

Dari segi perjalanan, dalam tempoh ini, hanya orang Sabah yang dibenarkan memasuki mana-mana bahagian di negeri ini.

Perjalanan untuk membeli bekalan hanya dibenarkan maksimum dua orang.

Mereka yang bekerja di luar daerah yang terlibat tidak dibenarkan keluar.

Pertanyaan boleh diajukan ke pusat operasi Pengurusan Bencana Sabah di talian 088-369434.

Baru seminggu yang lalu, pihak berkuasa telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Terdapat 26 daerah di Sabah.

 

 

 

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top