KJ, Noh Dipecat, Hishammuddin Digantung

KJ-NOH-HISHAMM.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Umno mengesahkan keahlian bekas ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, dan bekas pengerusi Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat.

Menurut FMT, Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan berkata mereka “dipecat daripada Umno atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu PRU15”.

Tiada huraian lanjut kesalahan yang dikatakan itu.

Sementara itu, Ahmad berkata keahlian bekas naib presiden, Hishammuddin Tun Hussein; bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Datuk Maulizan Bujang digantung selama enam tahun.

Tiada penjelasan lanjut mengenai penggantungan mereka.

Tindakan-tindakan ini diumumkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi.

Ketetapan dibuat oleh mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi, kata Ahmad.

Sementara itu, Ahmad memaklumkan bahawa ahli MKT, Datuk Fathul Bari Mat, diberi surat tunjuk sebab.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top