Kita Memilih-milih Pelabur? Rafidah Selar Kenyataan Azmin

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Kenyataan Menteri Kanan (Ekonomi) Datuk Seri Azmin Ali bahawa negara sekarang ini lebih selektif dari segi pelaburan yang datang disifatkan sebagai “paling bodoh” oleh bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Dalam temubual eksklusif FMT, Rafidah berkata hakikatnya persekitaran pelaburan di negara jiran sekarang lebih menarik di mata pelabur.

Bulan lepas, Azmin nafi Malaysia tidak dapat menyaingi negara jiran dari segi pelaburan asing, sebaliknya lebih selektif dan mahu menarik teknologi berkualiti.

“Itu kenyataan paling bodoh, seolah-olah kita ada banyak orang mahu melabur di Malaysia. Kita tak boleh cakap macam itu.

“Orang akan kata ‘pergi jahanam lah’. Persekitaran pelaburan di negara jiran lebih menarik, bukan kerana kita selektif. Pelabur tidak mahu melabur di sini.”

Pada Januari, media melaporkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FD) ke Malaysia turun 68% pada 2020; penurunan yang lebih besar berbanding jiran serantau seperti Singapura, Indonesia, dan Vietnam.

Rafidah sedih melihat kedudukan Malaysia sekarang yang suatu ketika dulu dalam kalangan ekonomi memuncul terbaik.

Dulu, katanya, dalam misi perdagangannya di luar negara, prestasi Malaysia dihormati dan dipuji oleh peserta persidangan.

“Saya rasa sangat bangga. Hari ini, (ekonomi) Malaysia tidak jadi perbualan orang. Kedudukan kita ‘di bawah’ (tapi) rasuah kita nombor satu.”

 

Baca seterusnya di: FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *