Kit Siang Pemimpin DAP pertama terima gelaran Tan Sri?

kit-siang.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dijangka dianugerahkan gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Kelahiran Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 esok, lapor Suara TV.

Pemimpin veteran DAP itu adalah pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan dengan gelaran berkenaan.

Gelaran itu ialah darjah kebesaran persekutuan kedua tertinggi, selepas Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun.

Tular di media sosial gambar Kit Siang, 82 tahun, menghadiri raptai majlis penganugerahan darjah kebesaran itu dikongsi bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook, hari ini.

Jeff Ooi dalam catatan Facebooknya bahawa Kit Siang melakukan raptai dengan menggelarkan bekas Pengerusi DAP itu sebagai Tan Sri.

“Keluarga veteran Lim. Tan Sri Lim Kit Siang (Raptai). Tun Lim Chong Eu. Tun Ling Liong Sik. Tun Lim Keng Yaik.

“Penganugerahan adalah pada hari Isnin, 5 Jun. Masih ada masa untuk membeli songkok.

“Songkok semasa raptai kelihatan tidak begitu muat dengan kepala beliau. Ia kelihatan seperti songkok budak, yang dipakaikan di kepala ayah,” katanya.

Sementara itu dalam laporan terbaharunya Malaysiakini memetik beberapa pemimpin DAP mengesahkan kepada Malaysiakini yang Lim akan menerima darjah kebesaran persekutuan kedua tertinggi, selepas gelaran Tun.

“Dalam kumpulan WhatsApp DAP, ramai yang telah mula mengucapkan taniah kepadanya,” kata seorang pemimpin parti itu kepada portal berita tersebut.

Dasar DAP adalah pemimpinnya tidak menerima sebarang gelaran ketika memegang jawatan. Setakat ini, hanya beberapa pemimpin parti itu yang menerima gelaran Datuk.

Seorang anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berkata memandangkan Lim telah bersara daripada menjadi ahli parlimen, dia boleh menerima gelaran jika mendapat kelulusan parti.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top