Kim Teck Cheong Consolidated anjur Program Iftar Ramadan dan Shopping Raya Anak Yatim

dexter.jpg

Dexter

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) mengadakan kolaborasi dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di seluruh negeri bagi menjalankan program-program yang bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan di sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau berkata KTC sedang menjalankan inisiatif terbaharunya iaitu Program Amal Berbuka Puasa yang memberikan keutamaan bagi membantu golongan yang memerlukan seperti Rumah Anak Yatim.

“Menerusi Program Amal Berbuka Puasa, KTC dan UPPM akan menganjurkan Majlis Iftar Ramadan di beberapa lokasi di seluruh Sabah dengan harapan ianya akan dapat mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

“Selain itu, Rumah Anak Yatim juga akan dilawati dan mereka juga akan berpeluang memilih baju raya kegemaran mereka di 10 buah Pasaraya Servay yang terdekat,” jelas Dexter.

Menurutnya, segala usaha kebajikan itu mencerminkan komitmen bersama sesebuah organisasi korporat dengan Kerajaan Negeri dalam meneruskan khidmat sosial kepada masyarakat.

“Selain daripada itu, Program Berbuka Puasa anjuran bersama dengan UPPM ini dianjurkan khas untuk menghimpunkan individu daripada pelbagai latar belakang, budaya dan kepercayaan untuk berkongsi tradisi berbuka puasa bersama,” jelasnya lagi.

Program ini dijadualkan berlangsung selama 3 minggu di 25 lokasi seluruh Sabah bermula dari Kalabakan dan berakhir di Keningau kelak yang akan menyajikan juadah berbuka puasa komunal di mana golongan anak yatim dan kurang berkemampuan boleh berkumpul untuk berbuka puasa sambil mengeratkan ikatan silaturrahim dengan masyarakat setempat.

Sementara itu Pengarah UPPM Negeri, Datuk Awang Kadin Tang juga turut mempelawa individu, usahawan dan organisasi lain untuk menyumbang kepada Program Amal Berbuka Puasa melalui sumbangan dana, barangan makanan atau bantuan sukarelawan supaya boleh memberikan impak positif dan kebaikan kepada golongan yang memerlukan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top