Kilang simen RM1.2 bilion di Tongod, pemangkln pertumbuhan ekonomi – Hajiji

CM-kilang-simen.jpg

Kredit foto: FB Hajiji Haji Noor

Kongsi Bersama

TONGOD: Usaha bagi pembangunan kilang bersepadu pengeluaran batu hangus dan simen di Kampung Kawayoi Pinangah di sini, bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi daerah dan negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata projek bernilai RM1.2 bilion itu juga membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat, termasuk menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

“Projek ini juga seiringan dengan tekad kerajaan untuk menamatkan kemiskinan tegar di negeri ini,” katanya selepas majlis pecah tanah bagi pembangunan kilang di Kampung Penangah di sini, semalam.

Selain itu, Hajiji berkata matlamat untuk membangunkan kilang simen di Penangah juga bertepatan dengan ketersediaan sumber yang diperlukan bagi penghasilan simen.

Menurutnya, sejajar dengan pembinaan kilang simen itu, infrastruktur lain juga akan turut dimajukan seperti kemudahan jalan raya ke tapak, loji rawatan air, elektrik dan telekomunikasi.

“Ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada penduduk di kawasan luar bandar khususnya penduduk di Tongod,” katanya.

Menurut Hajiji, projek itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Sabah selain dapat menarik menarik pelabur ke negeri itu.

Apabila beroperasi kelak, kilang baharu itu akan melengkapkan kemudahan sedia ada Cement Industries Sabah Sdn Bhd, katanya.

“Saya yakin kilang baharu ini bukan setakat meningkatkan pengeluaran simen, tetapi turut membolehkan kita menjadi pengeksport simen,” katanya.

Pada majlis sama, Hajiji menyerahkan sebanyak 83 geran tanah berjumlah 186.06 hektar kepada kalangan penerima dari Kampung Kuamut (27), Kampung Penangah (21), Kampung Entilibon (25) dan Kampung Mananam (10). – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top