Kilang di Sipitang Musnah Dalam Kebakaran

kebakaran-sipitang.jpg

Anggota bomba sedang memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah kilang di Sipitang.

Kongsi Bersama

SIPITANG: Sebuah kilang yang tidak lagi beroperasi musnah dalam kebakaran di Jalan Jeti Kilang Forest Industri di sini pada pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba Sipitang Calvin Joe Jeofery berkata, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.20 pagi.

Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran pada 6.55 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 9.50 pagi, kata Calvin.

Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan manakala punca kebakaran masih dalam siasatan, tambahnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top