Khidmat Malaysia Sabah Bantu Mangsa Air Pasang Besar

PAS-Sabah-banjir.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Khidmat Malaysia Sabah bersama PAS Sandakan tampil menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa susulan fenomena air pasang besar yang melanda daerah ini.

Menurut Pengarah Khidmat Malaysia Sabah, Sahar Abdul Majid, sebanyak lebih 70 buah rumah yang dibina di atas air musnah akibat air pasang luar biasa dan ombak melanda perkampungan itu.

“Dianggarkan lebih 120 buah keluarga telah hilang tempat tinggal dan harta benda yang tidak sempat diselamatkan.

“Kini mereka ditempat di Pusat Penempatan Semantara SK Sg Anib 2 Sandakan,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan.

Katanya, PAS kawasan telah membantu mengangkat barang serta menyampaikan sumbangan berupa air mineral dan makanan kepada mangsa.

Terdahulu rumah atas air dilaporkan roboh akibat dipukul ombak ketika fenomena air laut pasang besar pada 24 Disember lalu.

Kejadian yang berlaku pada 10.30 malam itu melibatkan dua kampung iaitu Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua.

Dalam pada itu, lima jambatan turut roboh di Kampung Tinusa Dua namun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.

Menurut Sahar, mereka masih mengumpul sumbangan daripada orang ramai bagi membantu mangsa.

Bagi masyarakat yang ingin menyampaikan sumbangan, boleh disalurkan ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Sandakan, 10043010003627 atau hubungi Mustaman 0165505740. – HARAKAHDAILY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top