Khairul Firdaus cadang Batu Sapi dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong

khairul-firdaus.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan mencadangkan agar status zon industri di kawasan Batu Sapi di sini ditukar, dan ia dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong.

Ahli Parlimen Batu Sapi itu berkata selaras dengan kedudukannya di pesisir pantai, kawasan itu dilihat lebih sesuai dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancongan atau dimajukan dengan industri berkaitan hasil laut.

BERNAMA dalam laporannya memetik Khairul Firdaus sebagai berkata pembangunan pesat kilang-kilang di kawasan itu bukan sahaja akan memberi kesan kepada penduduk berhampiran, malah pencemaran dari kilang-kilang itu juga jika tidak dikawal boleh menjejaskan ekosistem pesisir pantai.

“Saya harap Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan kaji perkara ini dengan mendalam,” katanya semasa merasmikan program sukarelawan pelancongan di Taman Warisan, sebuah kawasan tarikan pelancong di Batu Sapi di sini hari ini.

Sementara itu Khairul Firdaus berkata beliau gembira dengan kemajuan dicapai MPS dalam usaha membangunkan sektor pelancongan di kawasan itu, dan MPS turut merangka satu Rangka Tindakan Pelancongan Batu Sapi yang diserahkan oleh Presiden MPS Henry Idol kepadanya hari ini.

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mewujudkan kerjasama strategik dengan MPS dan pejabat Parlimen Batu Sapi, bagi memastikan Taman Warisan Batu Sapi ini sentiasa menjadi kawasan tarikan pelancong yang hebat,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top