KGKS terima geran PHEKS terbesar

kesatuan-guru.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menerima 8 Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) bernilai RM56,000.00 dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).

Geran itu telah diserahkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Haji Mohamad kepada Pengerusi KGKS, Murkam Haji Hussien pada majlis penyerahan yang diadakan di Hotel Klagan, 1Borneo Kota Kinabalu, Isnin lepas.

KGKS adalah antara 16 buah kesatuan sekerja di negeri ini yang telah menerima Geran PHEKS pada tahun ini.

Menurut Murkam, KGKS juga adalah penerima jumlah geran terbesar PHEKS dan ianya akan diagihkan mengikut 8 cawangan yang berjaya mendapatkan geran itu

Cawangan-cawangan KGKS itu ialah Sandakan, Keningau, Ranau, Beaufort, Kuala Penyu dan Tuaran masing-masing menerima RM5,000, Tenom (RM 17,000) dan Sipitang sebanyak RM9,000.

“Dengan adanya geran ini KGKS dapat melaksanakan semua program yang dirancang selaras dengan inspirasi Kerajaan Madani” katanya ketika ditemui.

Beliau bagi pihak KGKS mengucapkan terima kasih kepada JHEKS yang telah memberikan banyak bantuan dan ruang kepada KGKS untuk terus menjalankan aktiviti kesatuan.

Sementara itu KGKS turut menerima Anugerah Kesatuan Sekerja bagi kategori Sektor Awam/Badan Berkanun sempena Sambutan Tripartite Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah 2024 yang diadakan di Kota Kinabalu.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang menyempurnakan majlis itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya ahli-ahli, Ahli Majlis Tertinggi, exco-exco, Presiden CUEPACS Datuk Dr. Haji Adnan Mat, Pengerusi CUEPACS Sabah En. Ajulahin Japin yang bersama-sama KGKS dalam melaksanakan apa sahaja isu-isu yang berkaitan dengan tuntutan dan sebagainya”, kata Murkam. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top