Kg Bukit Gemok Kena PKPD Lagi

PKPD.jpg
Kongsi Bersama

Kampung Bukit Gemok di Bahagian Tawau, Sabah, sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas kali pertama perkampungan yang terletak 20 kilometer dari bandar Tawau itu diwartakan perintah tersebut pada 18 Jun lalu, akibat penularan tinggi daripada kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut diwartakan PKPD di negeri itu ialah Kampung Nasakot di Ranau, termasuk Kampung Nelayan Benut di Mukim Sungai Pinggan, Daerah Pontian, Johor.

Beliau berkata, hanya satu lokaliti yang sepatutnya berakhir PKPD hari ini dilanjutkan PKPD iaitu Lorong 2, 3, 9 dan 10 di Taman Megah Jaya, Tawau, Sabah, manakala tiga lokaliti lagi di negeri tersebut ditamatkan PKPD hari ini melibatkan Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu dan Kampung Suang Punggur dalam Daerah Kota Belud.

“34 lokaliti lagi di Terengganu, antaranya Kampung Bukit Cina di Mukim Pasir Akar, Daerah Besut serta selebihnya dalam Daerah Dungun meliputi 14 lokaliti di Mukim Sura dan 19 lokaliti di Mukim Kuala Dungun, ditamatkan esok (hari ini),” katanya dalam kenyataan semalam.

Lokaliti itu ialah RAKR Gong Pasir, Kampung Gong Pasir, Taman Maidam, Batu 5, Batu 7, Paya Balai Besar, Alor Tempoyak, Sura Lapangan Terbangm Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Sura Tengah, Pak Sabah, Taman Rakyat Jaya, Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Bijangga, Sungai Udang, Sungai Penaga, Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top