Oleh: Jaafar Abd Wahid
KINABATANGAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar menekankan bahawa Kampung Pengkalan Bukit Garam adalah kawasan perkampungan yang tidak selamat diduduki.
Katanya, perkara itu sudah diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Majlis Daerah Kinabatangan.
“Kawasan perkampungan ini bukan sahaja tidak selamat diduduki malah di segi kesihatan juga situasinya amat membimbangkan,” katanya ketika melawat dan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk di kampung Pengkalan Bukit Garam dekat sini baru- baru ini.
Walaupun sibuk dengan jadual kerja yang ditetapkan di kawasan ,namun atas sikap caknanya kepada masyakat Bung meluangkan masa melawat mangsa banjir di kampung tersebut
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lamag, berkata keadaan perumahan di situ tidak tersusun dalam semua aspek termasuk tiada plan perancangan, tiada kemudahan malah kedudukannya berhampiran Sungai Kinabatangan sering terdedah dengan masalah banjir apabila berlakunya hujan lebat.
Menurut Ahli Parlimen itu kerajaan telah pun menyediakan satu tapak baharu sebelum ini bagi menampatkan penduduk di kampung ini, namun segelnitir penduduk enggan berpindah menyebabkan mereka berhadapan dengan risiko terutamanya bila berlaku banjir besar .
“Sebilangan penduduk yang masih merasakan perkampungan ini selamat untuk diduduki harus menyedari keadaan adalah sebaliknya,” ujar beliau.
Sehubungan dengan Bung berkata, beliau akan bertemu kembali dengan penduduk di kampung Pengkalan untuk memaklumkan kepada mereka keadaan sebenarnya sambil memberikan cadangan yang terbaik demi keselamatan dan masa depan mereka
Sementara itu seramai tujuh mangsa banjir daripada 69 keluarga di Kampung Pengkalan dalam mukim Bukit Garam Kinabatangan , dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung tersebut selepas banjir melanda kampung itu sejak Sabtu.Mereka diarahkan berpindah atas nasihat Pusat Kawalan Operasi Banjir (POKB) daerah kerana paras air telah mencecah lantai rumah.
Menurut Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag, Abu Bakar Gapar setakat ini selain kampung Pengkalan di mukim Bukit Garam kampung- kampung lain yang terlibat banjir ialah Kampung Danau Ria, Muhibah, Sri Manis dan Nusa Jaya.
Di Muka Buang Sayang pula tiga kampung yang terlibat kampung Buang Sayang,Sungai Lokan dan kampung Sangau sementara di Mukim Kota Kinabatangan dua buah kampung iaitu kampung Kembara Jaya dan Pelangi.
“ Setakat ini keseluruhan jumlah yang terlibat ialah 220 ketua isi rumah dan kedudukan paras air stabil menunjukkan penurunan sedikit bagaimana pun pemantauan akan terus dibuat bersama Polis ,Rela ,Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pejabat daerah berkenaan paras air bagi menghadapi sebarang kemungkinan ekoran faktor cuaca yang sukar diramal,”katanya
Dalam pada itu Abu Bakar menambah pihak Pusat Kawalan Operasi Banjir (POKB) daerah juga dalam keadaan siap siaga membuka Pusat Penampatan Sementara di dua lokasi iaitu Dewan kampung Danau atau SK Bukit Garam sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.