Keunikan, perbezaan rakyat Sabah perlu dipertahankan – Masidi

Masidi.jpg

Masidi yang mewakili Ketua Menteri pada Majlis Rumah Terbuka Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam di sini pada Ahad.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Keunikan dan perbezaan dalam kalangan masyarakat serta etnik di Sabah perlu terus dipertahankan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, rakyat Sabah diminta untuk memastikan untuk mengekalkan serta mengukuhkan perpaduan yang sedia terjali dalam kalangan masyarakat.

“Sabah ini unik, kita meraikan perbezaan dalam kalangan rakyat dan perbezaan itu bukan satu halangan untuk kita teruskan perpaduan yang ada.

“Kita harus pastikan perbezaan itu tidak menjadi halangan untuk kita mengamalkan perpaduan yang sedia ada.

“Saya boleh mengatakan dan telah berkali-kali menyatakan, jika ada yang bertanya atau memilih dimana orang paling terbaik di Malaysia, orang yang terbaik adalah yang tinggal di Sabah, kita adalah orang-orang Malaysia yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri berucap pada Majlis Rumah Terbuka Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam di sini pada Ahad.

Masidi berkata, rakyat Sabah juga diingatkan untuk tidak terpengaruh dengan anasir luar yang boleh membawa kepada perbalahan dan membantutkan pembangunan negeri ini.

“Sepatutnya kita tumpukan perhatian kepada pembangunan negeri selain membantu memperbaiki ekonomi negara kita. Itu menjadi cabaran utama kita dan bukan bercakaran, bergaduh yang tidak membawa faedah kepada negeri.

“Saya berani mengatakan kita mempunyai 99 peratus persamaan, barangkali satu peratus sahaja perbezaan. Kadang-kadang ada orang menggunakan 99 peratus masanya bercakap pasal perbezaan dan satu peratus sahaja mengenai persamaan.

“Orang Sabah harus jadi peneraju perkara ini, kita harus berani buat pendirian sendiri, kita tidak mahu terbawa anasir luar ke sini,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Roland Chia.

— Yap Siong Han/Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top