Ketua Penerangan Warisan Keluar Parti?

Dr-yusof-yacob.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob (gambar) difahamkan meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini, lapor Utusan Online.

Menurut portal berita itu, sumber terdekat memaklumkan Ketua Penerangan Warisan tersebut keluar meninggalkan parti bagi menjadi ADUN Bebas.

“Ya betul, tadi (keluar parti),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut sumber, ADUN Sindumin ini mahu membantu rakyat di kawasannya maka, beliau memutuskan untuk meninggalkan parti Warisan yang kini berada dalam blok pembangkang.

Ketua Bahagian Warisan Sipitang itu antara pemimpin terawal yang berjuang sejak Warisan ditubuhkan dan pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran dan Inovasi semasa Warisan memerintah Sabah.

Yusof mempertahankan kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam pertembungan lima penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Beliau memperolehi 5,415 undi bagi menewaskan pesaing terdekatnya, Sani Miasin yang merupakan calon Barisan Nasional (BN).


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top