Ketua Menteri Ziarah Keluarga Allahyarham Toh Puan Rahimah

CM-ziarah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menziarah keluarga balu bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens, Toh Puan Rahimah Stephens, 91 yang meninggal dunia awal pagi tadi, di kediamannya di Jalan Lintas.

Mengiringi Hajiji ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar.

Allahyarham dilahirkan di Beaufort pada 22 Oktober 1930, dan pernah menjadi ADUN kawasan Kiulu, Tuaran dan Menteri Kebajikan Negeri.

Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri dalam Kerajaan Negeri Sabah.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top