Ketua Menteri tinjau tempat tarikan pelancong baharu di Tuaran

hajiji-pelancongan-tuaran.jpg

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor meluangkan masa hujung minggu mengadakan lawatan santai ke BSB dan meninjau Taman Air Fun Splash.

Kongsi Bersama

TUARAN: Daerah ini kini mempunyai tempat tarikan pelancong yang baharu iaitu Borneo Summer Bay (BSB) di Pantai Dalit, Tuaran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meluangkan masa hujung minggu kelmarin dengan mengadakan lawatan santai ke BSB dan meninjau Taman Air Fun Splash serta kemudahan aktiviti sukan pantai, laut dan sungai yang ditawarkan kepada pelancong luar dan pengunjung tempatan.

BSB yang dimiliki oleh pengusaha tempatan, baru dibuka kepada orang ramai.

Ia terletak di tepi pantai Dalit melingkungi pantai sepanjang 2 kilometer.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top