Ketua Menteri Terima Kunjungan Pengerusi SUHAKAM

IMG_20211029_180028.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Othman Hashim di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Hajiji telah diberi taklimat oleh Othman dan rombongan mengenai aktiviti dan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh SUHAKAM di Sabah.

Isu-isu lain yang telah dibincangkan oleh kedua-dua pihak melibatkan aduan- aduan yang telah diterima oleh pihak SUHAKAM mengenai hak asasi manusia, isu tanah, isu rakyat tanpa dokumen, isu tenaga kerja di ladang, pembangunan yang seimbang dan lain-lain.

Menurut Othman, Hajiji mengambil maklum isu-isu tersebut dan menerangkan usaha-usaha positif yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan.

“Kita berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dengan pihak Kerajaan untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik menangani isu-isu berkenaan,” katanya.

Rombongan Othman disertai oleh Pesuruhjaya SUHAKAM Sabah, Datuk Godfrey Gregory Joitol, Pesuruhjaya SUHAKAM, Jerald Joseph; Ketua Pejabat SUHAKAM Negeri Sabah, Jasmih Slamat; dan pegawai SUHAKAM, l Heflin Dino. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top