Ketua Menteri Terima Kunjungan Jawatankuasa Dakwah Daerah Sandakan

CM-dakwah-sandakan.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Dakwah Daerah Sandakan (JDDS) di Sabah Hotel dekat sini, kelmarin.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan menemui rombongan JDDS diketuai oleh Farizal Setoh, selepas menghadiri Majlis Iftar Bersama Masyarakat Batu Sapi di Masjid Wasatiyyah, Sandakan.

Beliau telah diberi taklimat berhubung masalah dan cadangan penambahbaikan Taman Perkuburan Ar-Raudah Sandakan dan Masjid Daerah Sandakan.

Hadir sama Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Benedict Asmat.

Hajiji juga mengadakan perjumpaan bersama Ketua-Ketua Armada dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Zon 5 dan menemui Jawatankuasa Persatuan Rumpun Bajau SAMA Sabah cawangan daerah Sandakan dan Beluran.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top