Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan

KM-mahadzir.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan  hormat daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato Seri Mahdzir Khalid di kediaman rasminya di Sri Gaya, semalam.

Hajiji dan Mahdzir telah bertukar pandangan dan berbincang dengan lebih dekat mengenai pembangunan luar bandar di Sabah.

Dalam pertemuan ini, Mahdzir telah membuat perkongsian mengenai tindakan dan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil bagi meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar di Sabah sekali gus membasmi kemiskinan, seperti memberi latihan kemahiran kepada kumpulan sasar menerusi agensi-agensi terlibat.

“Selain itu, kami juga telah berkongsi pendapat, cadangan dan meneliti beberapa langkah serta  usaha bagi menambahbaik dan mewujudkan lebih banyak pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar Sabah.

“Usaha ini adalah seiring dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan kesejahteraan mereka,” kata Hajiji.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top