Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Hannah Yeoh Dan Duta Jepun Ke Malaysia

Hajiji-n-Hannah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Hannah Yeoh di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Isnin.

Ini merupakan kunjungan pertama Hannah setelah dilantik ke jawatan itu, tahun lalu.

Beliau memberi taklimat ringkas kepada Hajiji mengenai program dan aktiviti kementerian yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji berharap Hannah akan membantu Sabah meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur belia dan sukan di negeri ini, termasuk menaik taraf infrastruktur sedia ada.

Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Takahashi semasa menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko.

Ini merupakan kunjungan kali kedua Takahashi kepada Hajiji.

Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Hajiji membangunkan Sabah menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Hajiji berharap dengan hubungan baik diantara negara Jepun-Malaysia dan Sabah, lebih ramai pelabur dari Jepun akan melabur di negeri ini, selain kedatangan lebih ramai pelancongan dari negara matahari terbit. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top