Ketua Menteri Sampaikan 158 Lembu Korban

CM-korban.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat menyampaikan 158 lembu korban kepada 51 wakil masjid dan surau sekitar Tuaran sempena Aidiladha yang akan disambut Ahad ini.

Beliau turut menyampaikan lembu korban kepada wakil pasukan keselamatan di negeri ini iaitu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan, Kem Lok Kawi, Akademi Bomba dan Penyelamat Tuaran, Tentera Laut Diraja Malaysia, Sepanggar, Ibu Pejabat Rela Sabah dan balai polis Tuaran.

Majlis serah terima itu diadakan di perkarangan Masjid Haji Noor Kampung Serusup dekat sini pada Jumaat.

“Aidiladha dan korban lembu mempunyai sejarah dan signifikan kepada umat Islam. Bagi kita umat Islam, berkorban pada masa ini bermakna kita membantu mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

“Saya harap kita menyambut Aidladha ini secara sederhana tetapi yang penting kita dapat menghayati nilai-nilai sebagai umat Islam,” tambahnya.

Turut hadir pegawai daerah Tuaran Syahrin Samsir.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top