Ketua Menteri Sabah Adakan Perbincangan Dengan Petronas

hajiji-petronas.jpg

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas ketika melakukan lawatan kerja di sini pada Isnin.

Turut serta ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Menteri Perumahan merangkap Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun, dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Dato’ Armizan Mohd Ali.

Sementara itu, Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Muhammad Taufik, dan Naib Presiden Kanan Petronas, Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan, mewakili Petronas pada pertemuan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top