Ketua Menteri Diberi Taklimat Mengenai Perjanjian Laut Sulawesi

CM.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor diberi taklimat peringkat tinggi mengenai Perjanjian Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun antara Malaysia dan Indonesia.

Sehubungan itu beliau berkata Sabah sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terkini dan rundingan itu yang sedang dijalankan berhubung Perjanjian Laut Sulawesi

“Sabah akan menghormati Perjanjian, tetapi kami juga mahu memastikan hak Sabah utuh dan semua isu diselesaikan secara baik (dalam rundingan yang sedang dijalankan),” katanya ketika mempengerusikanMesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Hajiji berkata Perjanjian antara Malaysia dan Indonesia Berkaitan Persempadanan semulaLaut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun semasa lawatan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia telah hangat diperkatakan sejak lepas Sidang Parlimen.

Jelas Hajiji lagi, jawatankuasa itu diberi taklimat bahawa perjanjian itu hanya menyentuh sempadan laut wilayah di Pulau Sebatik, dan bukannya pelantar benua dan di luar Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ).

“Ia telah dijadikan isu politik dan fakta telah dimanipulasi,” katanya sambil menambah isu itu telah dibahaskan secara aktif di Parlimen.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Luar, Peguam Negara Persekutuan Alfian Yang Amri, Pengarah Hal Ehwal Utama Luar Datin Paduka Nur Ashikin Mohd Taib dan Timbalan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Powzy Mohd Som.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Setiausaha Kerajaan Persekutuan Datuk Makhzan Mahyuddin; Penasihat Khas Ketua Menteri (Perhubungan Antarabangsa) Senator Tan Sri Anifah Aman; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun; Komander Bahagian Kelima Mejar Jeneral, Datuk Abdul Rahman Wahab dan Pengarah Sabah keselamatan, Datuk Noor Alam Khan.

 

Kredit foto: Buletin TV3

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top