Ketua Kampung, Pengerusi JPKK Dalam DUN Karambunai Akan Diminta Kemuka Laporan KPI

Dun-Karambunai.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Setiap ketua kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diminta untuk mengemukakan laporan prestasi (KPI) masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan berkata, laporan KPI ini akan diwujudkan dalam usaha untuk memastikan setiap kampung terus cemerlang dari segi pencapaian dan prestasi.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian semasa mengadakan satu perjumpaan bersama ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JPKK di sini, hari ini.

Yakub juga meminta semua ketua kampung dan JPKK untuk membuat bancian penduduk kampung yang perlu disiapkan dalam masa dua bulan.

Beliau juga mengumumkan tentang beberapa projek yang sedang dan akan dilaksanakan di beberapa kampung seperti pembinaan dan pembaikan parit.

Selain itu, beliau juga mengumumkan pengagihan kerusi, meja, zink, mesin fogging, tangki, mesin rumput dan kayu kepada penduduk-penduduk kampung.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Noorliza Awang Alip turut hadir di sesi perjumpaan tersebut. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top