Ketua Bahagian, Beberapa Pimpinan Warisan Beufort Isytihar Keluar Parti

warisan-Beaufort-keluar-parti.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Ketua Bahagian Parti Warisan (Warisan) Beaufort Datuk Johair Matlani bersama beberapa lagi pimpinan di peringkat bahagian mengumumkan keluar parti itu serta merta di sini petang semalam.

Beliau berkata, tindakannya itu sekali gus melepaskan semua jawatan sebagai Ketua Bahagian Beaufort serta tugas yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan WARISAN.

“Pada hari ini saya bersama Ketua Penerangan; Timbalan Ketua Ketua Wira; Timbalan Ketua Wirawati; Naib Ketua Wirawati Setiausaha Bahagian dan 10 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian mengistiharkan keluar daripada Warisan.

“Turut mengisytiharkan keluar Warisan adalah Setiausaha Wanita; Ketua Penerangan Wanita; AJK Wanita dan AJK Wirawati Bahagian,” katanya dalam satu majlis ringkas disini petang semalam.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Beaufort Datuk Isnin Aliasnih.

Selain itu, turut mengisytiharkan keluar Warisan Beaufort termasuklah ketua-ketua cawangan, Ketua PDM serta mantan-mantan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN); Ketua Kampung dan bekas kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat (UPPM) Klias.

Johair berkata, pengisytiharan itu adalah atas dasar kerelaan hati melalui rundingan atau mesyuarat secara bersama dengan rakan-rakan kepimpinan Warisan Bahagian Beaufort.

“Dengan pengumuman pengisytiharan ini, kami akan memberi sokongan kepada bekas Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony  yang sebelum ini turut keluar parti dan akan menubuhkan parti baharu esok.

“Seterusnya menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah ketika ini,” katanya. – Sabah Media

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top