Ketua Armada Kota Belud Dilantik Ketuai Armada Sabah

fairuz.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kota Belud, Fairuz Renddan (gambar) dilantik sebagai Ketua Armada Negeri Sabah yang baharu bagi menggantikan Mohd.Isquzawan Datuk Seri Arsit (Ketua Armada Bahagian Putatan).

Pengumuman pelantikannya dibuat oleh Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam satu kenyataan semalam.

Wan Ahmad Fayhsal juga mengumumkan pelantikan Ketua Armada Keningau, Rafie Robert sebagai Naib Ketua Armada Negeri bagi penggal 2019-2022.

Rafie menggantikan Ceasar Mandela Malakun (Ketua Armada Penampang) yang telah dipilih sebagai Naib Ketua Armada Nasional dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Portal Borneonews melaporkan Fairuz berikrar akan menggalas amanah selaku ketua armada negeri itu sebaik mungkin.

Katanya, pelantikannya itu merupakan amanah dan tanggungjawab berat dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Insyallah, tugas dan amanah ini akan saya galas sebaik mungkin demi memperkasa perjuangan Armada.

“Sudah tiba masanya kita menguatkan lagi Armada Sabah dalam menghadapi PRN Sabah, sekaligus memastikan kemenangan calon-calon Perikatan Nasional (PN)”, katanya dalam kenyataan.

Fairuz turut mengucapkan terima kasih kepada Wan Ahmad Fayhsal dan pucuk pimpinan BERSATU Negeri diatas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mengemudi Armada Bersatu Sabah.

“Bagi pihak Armada Bersatu Sabah, saya mengucapkan terima kasih kepada Mohd.Isquzawan dan kepimpinan lama Armada Sabah.

“Insyallah apa yang diperjuangkan oleh Isquzawan akan kita teruskan demi kelangsungan perjuangan Armada”, tambahnya.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top